KUALA LUMPUR, 5 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan enam kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 277 kes.
Sementara itu 1,009 kes baru direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 36,434.
Daripada 1,009 kes yang dilaporkan hari ini, 1,000 adalah kes penularan tempatan dan sembilan kes import.
Terdapat 839 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 25,654 kes.
Sementara itu terdapat 78 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 28 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 36,434 kes dengan 70.4 peratus kadar sembuh bersamaan 25,654 pesakit, manakala 277 kematian bersamaan 0.80 peratus.
Sehingga kini sejumlah 10,503 kes aktif pada kadar 28.8 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini