BM | EN | 中文

Covid-19: Jangan sampai Johor jadi macam Lembah Klang – MP Bakri

yeo-bee-yin_bakri-johor-mestecc.jpg
Advertisement

MUAR, 6 OGOS: Kerajaan negeri Johor dan Persekutuan perlu bertindak sekarang bagi menangani penularan Covid-19 sebelum negeri ini menjadi seperti di Lembah Klang.

Ahli parlimen Bakri, Yeo Bee Yin dalam kenyataannya berkata, kadar jangkitan tinggi, vaksinasi yang rendah, kehadiran varian Delta dan isu fasiliti unit rawatan rapi (ICU) akan menjadi ‘resipi bencana’ sekiranya tiada langkah proaktif dilakukan sekarang.

“Saya meminta kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan menjalankan Operasi Lonjakan Kapisiti (OSC) di Johor untuk meningkatkan program vaksinasi secepat mungkin seperti mana kerajaan Selangor bekerjasama dengan pusat menjalankan OSC di Lembah Klang.

Advertisement

“Kemampuan jabatan kesihatan negeri untuk mencari, menguji, mengesan, kuarantin dan sokongan (FTTIS) perlu ditingkatkan.

“Di samping itu, kerajaan Johor perlu mengarahkan semua Pegawai Daerah (DO) untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memperluas ujian.

“Pada masa ini, wakil rakyat di beberapa daerah di Johor menghadapi masalah untuk mendapatkan sokongan DO dalam menjalankan ujian komuniti secara proaktif,” kata Bee Yin.

Advertisement

Beliau turut memaparkan graf menunjukkan trend peningkatan kes positif dan kematian harian yang membimbangkan, peningkatan lebih 150 peratus mulai pertengahan Julai hingga sekarang.

Graf turut menunjukkan kadar vaksinasi di Johor kedua terendah di Malaysia dengan hanya 17.8 peratus orang dewasa divaksin sepenuhnya sementara 45.1 peratus orang dewasa menerima dos pertama.

“Buat masa ini ICU beroperasi pada sekitar 85 peratus dari jumlah kapasiti dan 132 peratus katil ICU asal, yang lebih berkualiti,” katanya.

Advertisement

Manakala kemasukan ke ICU Covid-19 adalah 121 peratus dari jumlah katil ICU yang diperuntukkan untuk Covid, iaitu katil ICU yang digunakan untuk kes bukan Covid.

“Peningkatan kemasukan ke hospital akibat Covid-19 ke katil ICU akan mengurangkan kualiti rawatan untuk pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19, dibimbangi meruntuhkan sistem penjagaan kesihatan di Johor,” katanya.

Tambah beliau, kapasiti ICU perlu dikembangkan, selain rancangan menggerakkan sumber manusia tambahan dan meningkatkan jumlah peralatan dan kemudahan yang diperlukan untuk rawatan Covid.

Advertisement

“Jangan hanya mula mendapatkan sumber setelah kapasiti ICU mencapai 100 peratus.

“Kita perlukan tindakan proaktif segera dari kerajaan negeri dan persekutuan sebelum terlambat.

“Saya yakin wakil rakyat dari kedua-dua belah pihak politik akan memberikan sokongan penuh kepada usaha tersebut.

Advertisement

“Mari melindungi Johor bersama-sama,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top