BM | EN | 中文

Covid-19: Jangan mudah rasa lega, terus amal SOP pencegahan

Tan-Chen-Choon.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 9 NOV: Walaupun jumlah kes baharu Covid-19 kini kurang berbanding dengan 3 bulan yang lepas, namun orang ramai dinasihati untuk tidak memandang remeh terhadap betapa pentingnya mengamalkan SOP dan pencegahan Covid-19.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata, walaupun statistik kes baharu Covid-di Malaysia semakin terkawal terutamanya kes baharu dan di Johor turut menunjukkan trend menurun, tetapi kes baharu yang melibatkan varian Delta semakin meningkat.

“Kes-kes sporadik di kebanyakan daerah-daerah di Johor juga semakin berleluasa,” kata Tan dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Tan memetik statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga 6 November 2021 kumulatif kes Delta di Johor ialah 251 kes.
Manakala sebanyak 27 kes baharu Delta telah direkodkan di Johor and Sabah pada 6 November 2021 dan jumlah ini merupakan kes tertinggi di Malaysia.

“Justeru, saya ingin menasihati orang ramai terutamanya warga Jementah jangan lega dan teruskan amal SOP Pencegahan Covid-19.

“Saya mendapati, selepas pengumuman aktiviti menjamu selera di premis (dine-in), rentas daerah dan negeri dibenarkan, orang ramai semakin lega terhadap SOP pencegahan Covid-19.

Advertisement

“Secara realitinya, kelonggaran SOP di atas diumumkan atas faktor pemulihan ekonomi tempatan dan negara,” katanya.

Tambah Tan, pada 8 November telah bermula sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) secara bersemuka di sekolah masing-masing.

Justeru itu katanya, bagi mengelakkan penyakit ini merebak semula, orang ramai perlu berhati-hati dan amalkan SOP kebersihan diri sendiri.

Advertisement

“Saya menyeru orang ramai tidak digalakkan dan kurangkan dine-in di premis beramai-ramai dalam satu masa yang sama.

“Sekiranya perlu dine-in, perlulah kawal dari segi masa menjamu selera atau segera balik ke rumah selepas habis jamuan dan elakkan berbual-bual dengan kawan di premis semasa atau selepas menjamu makanan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top