BM | EN | 中文

Covid 19: Jadual perlawanan ACL libat JDT diubah

fox-sport-acl.jpg

Gambar Ehsan foxsportsasia.com

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 MAC: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menunda empat perlawanan terakhir Kumpulan S, Liga Juara-Juara Asia (AFC), yang turut melibatkan wakil Malaysia iaitu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), berikutan kebimbangan wabak Covid-19.

Perubahan jadual perlawanan adalah seperti berikut:

JDT lwn Guangzhou Evergrande (19 Februari kepada 20 Mei 2020)

Advertisement

Suwon Bluewings lwn JDT (8 April kepada 27 Mei 2020)

JDT lwn Vissel Kobe (21 April kepada 16 Jun 2020)

Guangzhou Evergrande lwn JDT (5 Mei kepada 23 Jun 2020)

Advertisement

Sementara itu Japan Times melaporkan, perubahan terbaru jadual perlawanan disesuaikan untuk menampung beberapa penangguhan.

“Ini adalah masa yang mencabar dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Setiausaha Agung AFC, Windsor John dalam kenyataan selepas mempengerusikan satu mesyuarat tergempar badan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, AFC tidak akan meletakkan risiko berikutan kebimbangan kesihatan dan pihaknya telah mengambil beberapa keputusan yang munasabah untuk menangguhkan perlawanan-perlawanan tersebut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top