BM | EN | 中文

Covid-19:: Individu di Johor dikuarantin di rumah perlu patuh arahan pengawasan

kuarantin-di-rumah-covid-19.jpg

Gambar Ehsan somagnews.com

Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 MEI: Individu di Johor yang menjalani kuarantin di rumah perlu mematuhi arahan pengawasan dan pemantauan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.

Katanya, mereka yang dikuarantin perlu sentiasa berada di rumah dan boleh dihubungi setiap masa sepanjang tempoh pengawasan.

Selain itu mereka perlu mengehadkan pelawat atau tetamu yang datang ke rumah dan mengekalkan jarak sekurang-kurangnya satu meter dari mereka yang sihat.

Advertisement

“Sentiasa amalkan adab batuk yang baik, pakai face mask sekiranya keluar dari bilik, elakkan bergaul dengan orang lain dan elakkan berkongsi peralatan makanan dan penjagaan diri.

“Pastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik dengan membuka tingkap.

“Sekiranya anda bergejala, sentiasa pakai face mask. Jika tidak memakai face mask, tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin.

Advertisement

“Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan cuci tangan serta merta dengan sabun atau hand sanitiser,” kata Vidyananthan memaklumkan panduan dan etika kawalan kendiri di rumah dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan, di negeri Johor, seramai 5,140 individu telah diberikan perintah pengawasan dan pemantauan di rumah sebelum penguatkuasaan pengawasan dan pemerhatian di stesen kuarantin pada 8 April 2020.

Dalam pada itu individu yang dikuarantin perlu menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat bagi sebarang gejala atau gejala bertambah teruk.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top