JOHOR BAHRU, 2 APR: Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Johor Bahru akan dijadkan hospital sementara bagi menempatkan pesakit positif Covid-19 yang mempunyai simptom gejala ringan bermula 1 April.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Vidyananthan Ramanadhan, hari ini.
“Institut ini boleh menempatkan seramai 600 orang pesakit.
“Kerajaan komited untuk terus bersiap siaga menghadapi kes Covid-19 negeri Johor,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu katanya purata peratusan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Johor pada 1 April 2020 adalah
sebanyak 97.02 peratus.
“Bermulanya fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, difahamkan Polis Johor akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap
mana-mana individu yang ingkar dan tidak mematuhi arahan yang telah di tetapkan.
Semalm, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan pada sidang media mengumumkan, jumlah tangkapan bagi kes ingkar arahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac hingga 31 Mac adalah seramai 611 orang.
Manakala, seramai 117 telah didakwa di Mahkamah Johor Bahru di atas kesalahan ingkar arahan PKP.
Johorkini