BM | EN | 中文

COVID-19: Hanya tujuh kes baru hari ini, satu penularan tempatan

covid-19-coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Hari ini mencatatkan hanya tujuh kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,070 kes.

Daripada tujuh kes positif yang dilaporkan, satu adalah kes penularan tempatan dan bakinya, enam adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 125.

Advertisement

Terdapat 47 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,775 kes.

Sementara itu terdapat dua orang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) seorang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,070 kes dengan 96.75 peratus kadar sembuh bersamaan 8,775 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 170 kes aktif pada kadar 1.87 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top