BM | EN | 中文

Covid-19: Hanya tujuh kes baharu, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 83 peratus

covid_19_coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Hari ini mencatatkan tujuh kes positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 8,336.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 117.

Daripada tujuh kes baharu dilaporkan enam adalah daripada kes import, manakala satu kes berlaku dalam penularan tempatan melibatkan bukan warganegara.

Advertisement

Seramai 281 pesakit sembuh menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 6,975 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak enam orang dan seorang pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,336 kes dengan 83.67 peratus telah sembuh bersamaan 6,975 pesakit, manakala 117 kematian bersamaan 1.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,244 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top