BM | EN | 中文

Covid-19: Hanya tujuh kes baharu, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 80 peratus

dr-noor-hisham-8-jun.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Hanya tujuh kes positif Covid-19 hari ini di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 8,329.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 117.

Daripada tujuh kes baharu yang dilaporkan. dua adalah kes import, manakala lima kes berlaku dalam penularan tempatan dimana kesemuanya melibatkan warga Malaysia.

Advertisement

Seramai 20 pesakit sembuh menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 6,694 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak enam orang dan seorang pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,329 kes dengan 80.37 peratus telah sembuh bersamaan 6,694 pesakit, manakala 117 kematian bersamaan 1.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,518 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top