BM | EN | 中文

Covid-19: Hanya tiga kes harian, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 95 peratus

covid-19-coronavirus.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 JUN: Hari ini mencatatkan hanya tiga kes baharu positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,590 kes.

Kesemua tiga kes tersebut merupakan kes penularan tempatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataannya hari ini berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 121 kes.

Advertisement

Hari ini mencatatkan sembilan kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,186 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai tiga orang dan tiada pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,590 kes dengan 95.30 peratus kadar sembuh bersamaan 8,186 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.41 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 283 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top