KUALA LUMPUR, 2 JUL: Hari ini mencatatkan hanya tiga kes baharu positif Covid-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,643 kes.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 121 kes.
Dalam pada itu katanya 62 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,437 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai dua orang dan keduanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,643 kes dengan 97.62 peratus kadar sembuh bersamaan 8,437 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.4 peratus.
Sehingga kini sejumlah 85 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.
Johorkini