BM | EN | 中文

Covid-19: Hanya tiga kes harian baru, kadar sembuh 97 peratus

DG-Hisham-KKM-8-Jul.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 JUL: Hari ini hanya mencatatkan tiga kes baharu positif Covid-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,677 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kenyataannya berkata, tiada kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kekal 121 kes.

Tiga kes baharu hari ini hanya melibatkan kes import dan kesemuanya melibatkan warganegara.

Advertisement

Daripada tiga kes import yang dilaporkan satu masing-masing di Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak menjadikan jumlah kes import adalah sebanyak 650 kes.

Dalam pada itu lima kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,486 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai dua orang dan seorang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Advertisement

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,677 kes dengan 97.80 peratus kadar sembuh bersamaan 8,486 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.39 peratus.

Sehingga kini sejumlah 70 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top