BM | EN | 中文

COVID-19: Hanya satu kes positif hari ini

coronavirus-covid-9.jpg

KUALA LUMPUR, 4 OGOS: Hari ini mencatatkan hanya satu kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,002 kes.

Kes tunggal hari ini adalah penularan tempatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 125.

Terdapat 16 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,684 kes.

Sementara itu tiada pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) direkodkan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,002 kes dengan 96.47 peratus kadar sembuh bersamaan 8,684 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.39 peratus.

Sehingga kini sejumlah 193 kes aktif pada kadar 2.14 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top