BM | EN | 中文

COVID-19: Hanya satu kes penularan tempatan dari 11 kes harian

covid-19-coronavirus-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Hari ini mencatatkan 11 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,317 kes.

Daripada 11 kes positif yang dilaporkan, satu adalah kes penularan tempatan dan bakinya, sepuluh adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 125.

Advertisement

Terdapat lapan kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,038 kes.

Sementara itu terdapat lapan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan enam orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,317 kes dengan 97.01 peratus kadar sembuh bersamaan 9,038 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.34 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 154 kes aktif pada kadar 1.65 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top