BM | EN | 中文

Covid-19: Hanya satu kes harian, terendah semenjak Mac

Covid-19-Hanya-satu-kes-baru-terendah-semenjak-Mac.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 JUL: Hari ini mencatatkan hanya satu kes baharu positif Covid-19 di Malaysia, terendah dicatatkan semenjak 2 Mac 2020.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan itu ia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,640 kes.

Beliau memaklumkan kes tunggal itu merupakan kes penularan import dan tiada kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 121 kes.

Advertisement

Dalam pada itu katanya 21 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,375 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai empat orang dan dua pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,640 kes dengan 96.9 peratus kadar sembuh bersamaan 8,375 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.4 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 144 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top