BM | EN | 中文

Covid-19: Hanya satu kematian hari ini, 131 kes baharu

coronavirus.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR, 6 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seorang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 62 kes.
Dalam pada itu sebanyak 131 kes baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 3,793.
Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 293 pesakit sembuh hari ini dan telah discaj hospital menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,241 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 102 orang dan 54 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.
Keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia yang telah menjalani ujian saringan berjumlah 55,566 kes termasuk 3,793 kes atau 6.83 peratus adalah positif.
Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top