BM | EN | 中文

COVID-19: Hanya lima kes harian baru, tiada penularan tempatan

Covid-19-Coronavirus-1.jpg

KUALA LUMPUR, 20 OGOS: Hari ini mencatatkan lima kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,240 kes.

Kesemua lima kes positif yang dilaporkan hari ini adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 125.

Terdapat tujuh kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,932 kes.

Sementara itu terdapat tujuh pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,240 kes dengan 96.67 peratus kadar sembuh bersamaan 8,932 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.35 peratus.

Sehingga kini sejumlah 183 kes aktif pada kadar 1.98 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top