BM | EN | 中文

Covid-19: Hanya lapan kes baharu, satu kematian hari ini, kadar sembuh 86 peratus

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 JUN: Hari ini mencatatkan hanya lapan kes positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 8,453.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini 121.

Daripada lapan kes baharu, dua daripadanya melibatkan kes import enam kes adalah melibatkan penularan tempatan.

Advertisement

Seramai 35 pesakit sembuh menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 7,346 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak empat orang dan tiada pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,453 kes dengan 86.90 peratus kadar sembuh bersamaan 7,346 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.43 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 986 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top