BM | EN | 中文

Covid-19: Hanya enam kes baharu, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 94 peratus

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 JUN: Hari ini mencatatkan hanya enam kes positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,535.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataannya berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini 121.

Dari sepuluh kes dua merupakan kes import dan empat merupakan kes penularan tempatan.

Advertisement

Hari ini juga mencatatkan 70 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,070 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak tiga orang dan tiada pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,535 kes dengan 94.55 peratus kadar sembuh bersamaan 8,070 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.42 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 344 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top