BM | EN | 中文

Covid-19: Hanya empat kes baru, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 96 peratus

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 JUN: Hari ini mencatatkan empat kes baharu positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,600 kes.

Daripada empat kes tersebut tiga merupakan kes import dan satu adalah penularan tempatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataannya hari ini berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 121 kes.

Advertisement

Hari ini mencatatkan 40 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,271 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai dua orang dan tiada pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,600 kes dengan 96.17 peratus kadar sembuh bersamaan 8,271 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.41 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 208 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top