BM | EN | 中文

COVID-19: Hanya dua positif hari ini, kes terkumpul lepasi angka 9,000

DG-Hisham-KKM-3-Ogos.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Hari ini mencatatkan hanya dua kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,001 kes.

Kedua-dua kes baharu adalah penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 125.

Advertisement

Terdapat empat kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,668 kes.

Sementara itu terdapat hanya seorang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), namun tidak memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,001 kes dengan 96.30 peratus kadar sembuh bersamaan 8,668 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.39 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 208 kes aktif pada kadar 2.31 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top