BM | EN | 中文

Covid-19: Hanya dua kes baru, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 96 peratus

covid-19-coronavirus.jpg

KUALA LUMPUR, 29 JUN: Hari ini mencatatkan hanya dua kes baharu positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,639 kes.

Daripada dua kes tersebut masing-masing merupakan kes import dan penularan tempatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataannya hari ini berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 121 kes.

Hari ini mencatatkan 20 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,354 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai empat orang dan seorang pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,639 kes dengan 96.7 peratus kadar sembuh bersamaan 8,354 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.4 peratus.

Sehingga kini sejumlah 164 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top