KUALA LUMPUR, 10 JUN: Hari ini mencatatkan hanya dua kes positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 8,338.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini 118.
Dua kes yang dilaporkan hari ini masing-masing adalah satu kes import dan satu penularan tempatan.
Seramai 39 pesakit sembuh menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 7,014 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak lima orang dan tiada pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,338 kes dengan 84.12 peratus kadar sembuh bersamaan 7,014 pesakit, manakala 118 kematian bersamaan 1.42 peratus.
Sehingga kini sejumlah 1,206 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.
Johorkini