BM | EN | 中文

Covid-19: Hanya 37 kes baharu, dua kematian hari ini, kadar sembuh 77 peratus

dr-noor-hisham-covid-19-KKM-3-Mei.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB KKM)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 111 kes.

Dalam pada itu hanya 37 kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,779 orang.

Daripada 37 kes positif itu, 21 daripadanya bukan warga tempatan, dengan empat kes import dan 33 kes penularan tempatan.

Advertisement

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 58 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 5,281 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 16 orang dengan empat daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 6,779 kes dengan 77.9 peratus telah sembuh bersamaan 5,281 pesakit, manakala 111 kematian bersamaan 1.64 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,387 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top