KUALA LUMPUR, 6 JUN: Kes positif Covid-19 harian di Malaysia menurun ke angka 19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 8,266.
Daripada 19 kes yang telah dilaporkan, tujuh daripadanya adalah kes import dan 12 kes adalah penularan tempatan.
Manakala dari jumlah kes penularan tempatan ini, tiga adalah bukan warganegara dan sembilan kes adalah warganegara Malaysia
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 116 kes.
Seramai 51 pesakit sembuh menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 6,610 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak enam orang dengan hanya seorang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,266 kes dengan 79.97 peratus telah sembuh bersamaan 6,610 pesakit, manakala 116 kematian bersamaan 1.40 peratus.
Sehingga kini sejumlah 1,540 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.
Johorkini