BM | EN | 中文

Covid-19: Hanya 16 kes baharu, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 77 peratus

KKM-Dr-Noor-Hisham.png

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan KKM)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 109 kes.

Dalam pada itu hanya 16 kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,742 orang.

Ia merupakan kes terendah semenjak 12 Mac lalu yang merekodkan sembilan kes harian.

Advertisement

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 110 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 5,223 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 16 orang dengan tiga daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 6,742 kes dengan 77.47 peratus telah sembuh bersamaan 5,223 pesakit, manakala 109 kematian bersamaan 1.62 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,410 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top