BM | EN | 中文

Covid-19: Hanya 14 kes baharu, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 93 peratus

covid_19_coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 JUN: Hari ini mencatatkan hanya 14 kes positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 8,529.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataannya berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan kekal 121.

Kesemua 14 kes melibatkan tiga kes import dan 11 penularan tempatan.

Advertisement

Daripada jumlah tersebut empat adalah kes warganegara dan tujuh kes bukan warganegara.

Hari ini juga mencatatkan kes sembuh iaitu sebanyak 127 pesakit menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,000 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak empat orang dan tiada pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Advertisement

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,529 kes dengan 93.80 peratus kadar sembuh bersamaan 8,000 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.42 peratus.

Sehingga kini sejumlah 408 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top