KUALA LUMPUR, 16 JUN: Hari ini mencatatkan hanya 11 kes positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 8,505.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini 121.
Daripada 11 kes baharu, satu daripadanya melibatkan kes import dan sepuluh kes penularan tempatan.
Empat daripadanya adalah kes melibatkan warganegara manakala, enam adakan kes bukan warganegara.
Hari ini juga mencatatkan kes sembuh paling tinggi iaitu 333 pesakit menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 7,733 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak empat orang dan tiada pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,505 kes dengan 90.92 peratus kadar sembuh bersamaan 7,733 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.42 peratus.
Sehingga kini sejumlah 651 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.
Johorkini