BM | EN | 中文

Covid-19: Hanya 10 kes positif harian hari ini

kkm-dr-noor-hisham-1.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 MEI: Malaysia mencatatkan 10 kes positif Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 7,629.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 115 kes.

Kesemua 10 kes baharu positif yang dilaporkan pada hari ini melibatkan penularan tempatan, lima adalah bukan warganegara Malaysia dan bakinya lima lagi adalah warganegara Malaysia.

Advertisement

Seramai 86 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 6,169 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak lapan orang dengan empat daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 7,629 kes dengan 80.86 peratus telah sembuh bersamaan 6,169 pesakit, manakala 115 kematian bersamaan 1.51 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,345 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top