BM | EN | 中文

Covid-19: Hanya 10 kes baharu, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 92 peratus

covid-19-coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 JUN: Hari ini mencatatkan hanya 10 kes positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,515.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataannya berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini 121.

“Kesemua sepuluh kes melibatkan penularan tempatan dengan terdiri daripada tujuh kes warganegara dan tiga kes bukan warganegara,” kata Pengarah KKM, Dr Nor Hisham Abdullah.

Advertisement

Hari ini juga mencatatkan kes sembuh iaitu sebanyak 140 pesakit menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 7,873 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak empat orang dan tiada pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,515 kes dengan 92.46 peratus kadar sembuh bersamaan 7,873 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.42 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 521 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top