BM | EN | 中文

Covid-19: Guna strategi “keseluruhan kerajaan dan masyarakat”, bukan darurat – Kit Siang

lim-kit-siang.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, strategi dan pendekatan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” adalah cara terbaik melawan pandemik Covid-19, bukannya dengan mengisytiharkan darurat

Veteran DAP itu berkata, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya menambah malu negara dengan menggantung fungsi legislatif dan semak imbang Parlimen dan DUN terutamanya dalam perang melawan wabak Covid-19.

“Covid-19 tidak boleh dimenangi melainkan jika terdapatnya satu pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat”,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Kit Siang turut berpendapat, ahli-ahli parlimen dari semua parti politik mestil bekerjasama dalam memperkukuhkan kedudukan Malaysia dengan meneruskan sesi persidangan Parlimen dan bukannya menangguhkannya.

“Perlu menjadi keutamaan kepada semua parti politik dan semua ahli Parlimen untuk “mengukuhkan kedudukan Malaysia di pentas dunia” dan perkara ini sepatutnya menjadi tema penyatuan di Parlimen yang tidak sepatutnya digantung fungsinya.

“Adakah Muhyiddin bersedia mengumumkan darurat yang diisytiharkan hanya untuk melawan wabak Covid-19 ini tidak akan menggantung fungsi Parlimen dan DUN untuk menunjukkan terdapatnya kestabilan politik dan tadbir urus yang baik di Malaysia?”soalnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top