BM | EN | 中文

Covid-19: Exco Kesihatan Selangor sasar lebih 100,000 sertai saringan komuniti hingga 10 Jun

Exco-Selangorsasar-lebih-100000-sertai-Saringan-Komuniti-hingga-10-Jun.jpg

Dr Siti Mariah Mahmud mengimbas kod QR SELangkah ketika meninjau proses saringan Covid-19 secara percuma di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

KUALA SELANGOR, 7 JUN: Kerajaan Selangor menyasarkan lebih 100,000 individu disaring menerusi program karingan komuniti Covid-19 sehingga 10 Jun ini.

Exco Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata setakat semalam seramai 91,586 orang telah disaring di 46 Dewan Undangan Negeri (DUN), daripada jumlah itu 3,237 individu disyaki positif namun kebanyakannya tiada gejala.

“Ada lagi lapan DUN yang kita akan pergi sehingga 10 Jun.

Advertisement

“Setakat ini kita lihat program berjaya memandangkan ramai yang keluar sertai saringan walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Kuching Tengah sempena saringan komuniti DUN Jeram, di sini hari ini.

Sejak 8 Mei sehingga 10 Jun, Kerajaan Negeri menjalankan program pengawasan wabak secara aktif melalui Saringan Komuniti di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN),

Advertisement

Program bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat negeri ini yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top