BM | EN | 中文

Covid-19: Enggan kongsi data dengan Selangor, alasan Dr Adham Baba tak masuk akal

Dr-Adham-Baba.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 6 NOV: Menteri Kesihatan Dr Adham Baba diingatkan untuk tidak bermain politik dan mengenepikan peranan kerajaan Selangor untuk mendapatkan maklumat penting daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Setiausaha DAPSY Damansara, Farhan Haziq Mohamed berkata keengganan Menteri Kesihatan itu berkongsi data dengan kerajaan Selangor atas alasan kekeliruan dan tafsiran yang berbeza langsung tidak boleh diterima akal.

“Ia jelas bercanggah dengan semangat Federalisme yang mana kerajaan negeri mempunyai hak untuk menerima data tersebut demi merangka gerak kerja bersepadu menangani pandemik Covid-19.

Advertisement

Farhan Haziq Mohamed

“Alasan kekeliruan dan tafsiran yang berbeza ini langsung tidak boleh diterima akal,” kata Farhan.

Dr Adham Baba pada Rabu lalu, berkata langkah itu dibuat bagi mengelakkan risiko tafsiran data yang bertentangan atau tidak seragam oleh pelbagai agensi yang terbabit dan kemungkinan menyebabkan masyarakat menjadi panik serta bercelaru akibat maklumat yang disampaikan.

“KKM membuat penurunan kuasa untuk perkongsian data yang agak terperinci dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Advertisement

“Kebenaran khas ini dan data yang dikongsikan melalui peruntukan terbabit hanya boleh digunapakai sepanjang tarikh kuat kuasa penurunan kuasa itu sahaja,” kata Dr Adham.

Farhan berkata, Menteri Kesihatan itu perlu sedar bahawa kes Covid-19 ini merupakan isu kesihatan awam yang terletak di bawah tanggungjawab bersama kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri di dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh sebab itu, kerajaan negeri menpunyai portfolio kesihatan awam melalui Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor yang disandang oleh Dr Siti Mariah Mahmud.

Advertisement

“Atas dasar tanggungjawab tersebut, kerajaan Selangor terlebih dahulu menubuhkan Selangor Task Force COVID-19 (STFC) pada Mac 2020 bagi mengatur strategi berkesan menangani pandemik Covid-19.

“Saya juga tidak faham logik di sebalik keengganan beliau untuk berkongsi data tersebut sedangkan sebelum ini KKM pernah berkongsi data tersebut dengan kerajaan negeri Selangor.

“Ini bukan kali pertama kerajaan Persekutuan mengenepikan peranan kerajaan negeri Selangor dalam membuat keputusan berkaitan isu Covid-19.

Advertisement

“Menteri Besar Selangor juga pernah melahirkan kekecewaan sebelum ini apabila tidak dijemput ke Mesyuarat Covid-19 pada bulan Mac dan Oktober yang lalu,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top