KUALA LUMPUR, 6 SEPT: Hari ini mencatatkan enam kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,397 kes.
Daripada enam kes positif yang dilaporkan, tiga adalah kes penularan tempatan dan bakinya adalah kes import.
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 128.
Terdapat hanya dua kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,115 kes.
Sementara itu terdapat enam pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,397 kes dengan 97.00 peratus kadar sembuh bersamaan 9,115 pesakit, manakala 128 kematian bersamaan 1.36 peratus.
Sehingga kini sejumlah 154 kes aktif pada kadar 1.64 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini