BM | EN | 中文

COVID-19: Enam kes harian, dua penularan tempatan

covid-19-coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 SEPT: Hari ini mencatatkan enam kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,360 kes.

Daripada enam kes positif yang dilaporkan, dua adalah kes penularan tempatan dan bakinya, empat adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 128.

Advertisement

Terdapat empat kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,079 kes.

Sementara itu terdapat empat pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,360 kes dengan 97.00 peratus kadar sembuh bersamaan 9,079 pesakit, manakala 128 kematian bersamaan 1.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 153 kes aktif pada kadar 1.63 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top