BM | EN | 中文

COVID-19: Enam kes harian, dua penularan tempatan, satu kematian

covid-19-coronavirus-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 31 OGOS: Hari ini mencatatkan enam kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,340 kes.

Daripada enam kes positif yang dilaporkan, dua adalah kes penularan tempatan dan bakinya, empat adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan satu kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 126.

Advertisement

Terdapat enam kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,054 kes.

Sementara itu terdapat enam pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,340 kes dengan 96.94 peratus kadar sembuh bersamaan 9,054 pesakit, manakala 127 kematian bersamaan 1.36 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 159 kes aktif pada kadar 1.70 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top