KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Hari ini mencatatkan lima kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,296 kes.
Daripada lima kes positif yang dilaporkan, tiga adalah kes penularan tempatan dan bakinya, dua adalah kes import.
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 125.
Terdapat 16 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,994 kes.
Sementara itu terdapat lapan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan enam orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,296 kes dengan 96.75 peratus kadar sembuh bersamaan 8,994 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.34 peratus.
Sehingga kini sejumlah 177 kes aktif pada kadar 1.90 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini