BM | EN | 中文

Covid-19: Enam kes harian baru, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 95 peratus

kkm-dg-noor-hisham-abdullah.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 JUN: Hari ini mencatatkan enam kes baharu positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,596 kes.

Daripada enam kes tersebut dua merupakan kes import dan empat adalah penularan tempatan.

Kes import terdiri masing-masing seorang warganegara dan bukan wagranegara, manakala bagi kes tempatan kesemuanya adalah warganegara Malaysia.

Advertisement

Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya hari ini berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 121 kes.

Hari ini mencatatkan 45 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,231 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai dua orang dan tiada pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Advertisement

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,596 kes dengan 95.75 peratus kadar sembuh bersamaan 8,231 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.41 peratus.

Sehingga kini sejumlah 244 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top