KUALA LUMPUR, 9 JUL: Hari ini hanya mencatatkan enam kes baharu positif Covid-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,683 kes.
Hari ini juga merupakan hari kedua tiada kes jangkitan tempatan.
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kenyataannya berkata, tiada kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kekal 121 kes.
Enam kes baharu hari ini hanya melibatkan kes import. Kes baharu hari ini melibatkan lima warganegara dan satu kes bukan warganegara.
Dalam pada itu 13 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,499 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai dua orang dan seorang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,683 kes dengan 97.88 peratus kadar sembuh bersamaan 8,499 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.39 peratus.
Sehingga kini sejumlah 63 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.
Johorkini