BM | EN | 中文

COVID-19: Enam kes harian baru, lima penularan tempatan

novel-coronavirus-covid-19.png

KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Hari ini mencatatkan enam kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,291 kes.

Daripada enam kes positif yang dilaporkan, lima adalah kes penularan tempatan dan bakinya, satu adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 125.

Terdapat tujuh kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,978 kes.

Sementara itu terdapat sembilan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan enam orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,291 kes dengan 96.63 peratus kadar sembuh bersamaan 8,978 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.35 peratus.

Sehingga kini sejumlah 188 kes aktif pada kadar 2.02 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top