KUALA LUMPUR, 7 JUL: Hari ini mencatatkan enam kes baharu positif Covid-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,674 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kenyataannya berkata, tiada kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kekal 121 kes.
Daripada enam kes baharu dilaporkan, empat adalah kes import dan dua penularan tempatan.
Dua kes dicatatkan di Kuala Lumpur dengan satu kes import dari Indonesia dan satu kes saringan di tempat kerja. Tiga kes dicatatkan di Selangor dengan dua kes import dari Rusia dan satu kes saringan tempat kerja.
Kelima-lima kes ini tidak bergejala, positif RTK-Ag dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Sementara itu terdapat satu kes di Johor, iaitu kes import dari Singapura. Kes tersebut yang bergejala positif RTK-Ag telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
Dalam pada itu lima kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,481 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai dua orang dan keduanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,674 kes dengan 97.77 peratus kadar sembuh bersamaan 8,481 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.39 peratus.
Sehingga kini sejumlah 72 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.
Johorkini