KUALA LUMPUR, 26 JUN: Hari ini mencatatkan enam kes baharu positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,606 kes.
Daripada enam kes tersebut lima merupakan kes import dan satu adalah penularan tempatan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataannya hari ini berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 121 kes.
Hari ini mencatatkan 23 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,294 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai dua orang dan tiada pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,606 kes dengan 96.37 peratus kadar sembuh bersamaan 8,294 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.41 peratus.
Sehingga kini sejumlah 191 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.
Johorkini