KUALA LUMPUR, 8 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, enam kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 152 kes.
Semua kes kematian menurut KKM yang dilaporkan adalah di Sabah.
Sementara itu, ini 354 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 14,722
Daripada 354 kes positif yang dilaporkan hari ini, 352 adalah kes penularan tempatan dan hanya dua kes import.
Terdapat 188 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 10,707 kes.
Sementara itu terdapat 68 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 25 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 14,722 kes dengan 72.73 peratus kadar sembuh bersamaan 10,707 pesakit, manakala 152 kematian bersamaan 1.03 peratus.
Sehingga kini sejumlah 3,863 kes aktif pada kadar 26.24 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini