BM | EN | 中文

Covid-19: Enam kematian hari ini, kes baharu 629

DG-Hisham-16-Okt.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, enam kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 176 kes.

Sementara itu, hari ini 629 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 18,758.

Daripada 629 kes positif yang dilaporkan hari ini, 627 adalah kes penularan tempatan dan hanya dua kes import.

Advertisement

Terdapat 245 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 12,259 kes.

Sementara itu terdapat 99 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 31 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 18,758 kes dengan 65.35 peratus kadar sembuh bersamaan 12,259 pesakit, manakala 176 kematian bersamaan 0.94 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 6,323 kes aktif pada kadar 33.71 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top