BM | EN | 中文

Covid-19: Empat kes import hari ini, sifar penularan tempatan

dg-hisham-kkm-14-julai.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 JUL: Hari ini mencatatkan empat kes baharu positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,729 kes.

Kesemua kes adalah kes import dan tiada penularan tempatan dilaporkan.

Empat kes import ini melibatkan mereka yang pulang dari Singapura, UAE dan Rusia dengan tiga kes adalah warganegara dan satu kes adalah bukan warganegara.

Advertisement

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 122 kes.

Manakala empat kes sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,524 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai enam orang dan dua daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Advertisement

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,729 kes dengan 97.65 peratus kadar sembuh bersamaan 8,524 pesakit, manakala 122 kematian bersamaan 1.40 peratus.

Sehingga kini sejumlah 83 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top