BM | EN | 中文

Covid-19: Empat kematian hari ini, kes baharu 660

covid-19-Malaysia-coronavirus.jpg

Coronavirus in world. Novel coronavirus 2019-nCoV. Concept of coronavirus with flag of Malaysia

Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, empat kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 167 kes.

Sementara itu, hari ini 660 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 17,540.

Daripada 660 kes positif yang dilaporkan hari ini, 658 adalah kes penularan tempatan dan hanya dua kes import.

Advertisement

Terdapat 233 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 11,605 kes.

Sementara itu terdapat 108 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 35 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 17,540 kes dengan 66.16 peratus kadar sembuh bersamaan 11,605 pesakit, manakala 167 kematian bersamaan 0.96 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 5,768 kes aktif pada kadar 32.88 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top