JOHOR BAHRU, 27 DIS: Dua lokaliti baharu di Johor dikenakan Perintah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula tengah malam ini.
Dua lokasi di Johor itu membabitkan Pusat Koreksional Johor Bahru dan kuarters kakitangan pusat berkenaan, serta Dewan Arena Segitiga di Taman Desa Sejahtera di Mukim Kota Tinggi.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD di Pusat Koreaksional Johor Bahru diputuskan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan lapan kes positif COVID-19 direkodkan dalam tempoh lapan hari antara 16 hingga 23 Disember lalu.
“Kes ini dikesan semasa orang kena tahan (OKT) hadir bicara mahkamah di daerah lain. Terdapat 685 orang dalam kalangan OKT dan kakitangan di pusat koreksional yang terdedah kepada lapan kes positif terbabit.
“Sehubungan itu, atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Pusat Koreksional Johor Bahru dan kuarters kakitangan bermula 28 Disember (esok) hingga 10 Januari tahun depan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau memaklumkan, PKPD ini akan membabitkan 937 tahanan, 322 kakitangan dan 128 ahli keluarga yang tinggal di kuarters meliputi 102 unit rumah.
Selain itu lokaliti di Negeri Sembilan pula membabitkan Penjara Jelebu dan kuarters kakitangan penjara itu.
Johorkini