BM | EN | 中文

Covid-19: Dua kes baharu di Johor semalam

Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU 14 JUN: Johor mencatatkan dua kes positif Covid-19 baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan di negeri ini sebanyak 680 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Johor semalam menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini adalah 20 kes.

“Bagi negeri Johor semalam, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah melaporkan dua kes import baharu, yang melibatkan warga Malaysia yang pulang dari Singapura dan Indonesia.

Advertisement

“Pesakit terbabit telah dirujuk ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga kini enam kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

“Jumlah kes kumulatif sembuh di Johor adalah sebanyak 654 kes.

Advertisement

“Tiada kematian baharu dilaporkan semalam dan jumlah kematian akibat COVID-19 sebanyak 20 orang,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan orang ramai terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dibenarkan kerajaan meskipun pelbagai kelonggaran diberikan termasuk kebenaran merentas negeri.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top