BM | EN | 中文

COVID-19: Data terbuka oleh kerajaan mampu perangi penularan wabak – Adun Skudai

tan-hong-pin-adun-skudai.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 OKT: Kerajaan diseru agar mengamalkan dasar data terbuka secara menyeluruh dalam masa tersingkat untuk membolehkan golongan profesional dan orang awam memanfaatkan data-data berkenaan pandemik Covid-19 di negara ini.

Adun Skudai, Tan Hong Pin berkata inisiatif “open data” dan “open government” mampu menangani maklumat tidak sah atau penularan berita palsu berkenaan perkembangan Covid-19.

Katanya, Malaysia boleh mencontohi Korea Selatan, Singapura dan negara-negara maju di mana data mengenai jangkitan Covid-19 dimuatnaik ke laman web secara terbuka sebagai inisiatif open data dan open government.

Advertisement

“Usaha Kementerian Kesihatan untuk menyebar maklumat secara terbuka amat penting untuk menenangkan keadaan dan memberi panduan yang sewajarnya kepada orang awam.

“Secara khusus, penjelasan yang profesional dan terbuka oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah melalui sidang media yang diadakan hampir setiap hari bukan sahaja memberi maklumat yang sahih dan terkini kepada rakyat malah memberi keyakinan kepada semua bahawa keadaan pandemik adalah terkawal.

“Namun demikian, penyebaran maklumat melalui KKM dan sidang media sahaja adalah tidak mencukupi.

Advertisement

“Tiap-tiap minit di media sosial ada sahaja maklumat tidak sah atau yang palsu sama sekali tentang perkembangan Covid-19.

“Pejabat saya dan wakil-wakil rakyat lain semua dibanjiri dengan pertanyaan orang awam berkenaan sama ada benar telah berlaku jangkitan Covid-19 di sesebuah sekolah, ataupun di kawasan kediaman mereka dan sebagainya.

“Sudah tentu pejabat kesihatan dan pihak berkuasa lain turut dibanjiri dengan pertanyaan-pertanyaan tersebut dari masa ke semasa. Mustahil dapat kita layani setiap pertanyaan tersebut.

Advertisement

“Cara yang paling berkesan untuk mengelakkan berita palsu berleluasa adalah dengan menerbitkan maklumat dan data secara telus, terbuka dan menyeluruh,” kata Hong Pin dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, idea tersebut bukan cadangan baru mahupun radikal kerana kajian Khazanah Research Institute (KRI) telah lama menyokong dasar data terbuka dan kepentingannya dalam menangani krisis seperti Covid-19.

“Alasannya tidak sukar difahami, memandangkan krisis Covid-19 meyentuh semua bidang ekonomi dan seluruh rakyat, usaha untuk menanganinya adalah kompleks dan kita perlu memanfaatkan collective intelligence (kepintaran kolektif).

Advertisement

“Data terbuka membolehkan semua lapisan masyarakat untuk bekerjasama secara berkesan.

“Kajian yang sama juga mendapati Malaysia masih jauh ketinggalan dari segi indeks pentadbiran data terbuka berbanding dengan negara-negara di serantau,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top