BM | EN | 中文

COVID-19: Daerah Johor Bahru kini zon merah

Johor-Bahru-JB-Bangunan-Sultan-Ibrahim.jpg

The majestic Bangunan Sultan Ibrahim at Bukit Timbalan here in Johor Baru.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 OKT: : Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan memaklumkan daerah Johor Bahru kini diklasifikasikan sebagai kawasan Zon Merah bermula semalam.

Menurut beliau, maklumat menunjukkan kebanyakan kes yang dilaporkan di daerah ini melibatkan penularan di dalam keluarga dan tempat kerja.

“Memandangkan sebahagian besar kluster ini merupakan penularan keluarga dan tempat kerja, Jabatan Kesihatan Negeri telah meletakkan institusi dan individu terbabit di bawah arahan pengawasan dan pemantauan di rumah.

Advertisement

“Penularan dalam keluarga adalah membimbangkan apabila ahli keluarga tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di dalam rumah seperti yang biasa dilakukan apabila keluar rumah. Pastikan anda melindungi keluarga daripada jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pihaknya bagaimanapun memaklumkan keadaan semasa di negeri masih lagi terkawal dan semua pihak diharap untuk kekal bertenang dan tidak menimbulkan panik dengan menyebarkan maklumat
yang kurang tepat.

Tindakan sedemikian katanya hanya akan menyukarkan petugas barisan hadapan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat.

Advertisement

Tambah Vidyananthan, setakat ini terdapat tiga kluster yang dikenalpasti di seluruh negeri Johor iaitu Kluster Kempas, Kluster Rinting dan Kluster Bayu.

“Sehingga 29 Oktober 2020, kumulatif kes bagi Kluster Kempas adalah 42 kes iaitu 8 rakan sekerja, 17 ahli keluarga mereka, 11 rakan sekerja ahli keluarga mereka, dan 5 orang pelajar serta seorang ahli keluarganya.

“Bagi Kluster Rinting pula, kumulatif kes bagi kluster ini sebanyak 10 kes yang melibatkan dua orang pekerja, enam ahli keluarga dan dua kawan kepada anak.

Advertisement

“Sementara itu bagi Kluster Bayu, kumulatif adalah sebanyak 8 kes melibatkan 3 rakan sekerja dan 5 orang ahli keluarga mereka,” ujarnya lanjut.

Sehubungan itu pihaknya mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP ditetapkan dalam norma baharu untuk mengelakkan wabak Covid-19 daripada terus menular dalam kalangan masyarakat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top